Ketepi Drogba, Vardy Lagi Power!

ketepi drogba, vardy lagi power!

Tahukah korang Jamie Vardy jaringkan 2 gol malam tadi masa lawan West Brom?

Sumbangan Vardy itu bukan je membolehkan Leicester City dapat 3 mata penuh tau, tapi juga membawa penyerang itu mengatasi Didier Drogba!

ketepi drogba, vardy lagi power!

Haa, dengan 2 gol tu, Vardy dah menjaringkan 105 gol dalam 212 perlawanan EPL. Drogba pula jaringkan 104 gol dalam 254 perlawanan.

Maknanya, Vardy sekarang di kedudukan 27 senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman EPL dan Drogba pula di kedudukan ke-28.

ketepi drogba, vardy lagi power!

Tahukah korang lagi sekali, tahun lepas Vardy menang anugerah kasut emas untuk muncul pemain tertua memenangi anugerah itu pada usia 32 tahun.

Sebelum Vardy, tahu tak siapa pemegang rekod ni? Ya, tak lain tak bukan, Drogba jugak!

Maknanya, Vardy ni lagi power daripada Drogba ke? Hahahaha. Marah pulak peminat Chelsea karang. Gurau je.

Ini merupakan permulaan yang baik untuk Vardy pada musim baru ni. Mana lah tahu rezeki dia murah, dapat menang anugerah kasut emas lagi sekali tahun ni kan?

Oleh : Karami Kamel

 

ARTIKEL BERKAITAN