Kini Berusia 60 Tahun, Ketahui Lokasi Parkir Bertingkat Pertama Di Malaysia!

Tahukah korang yang lokasi parkir kereta bertingkat pertama Malaysia sebenarnya telah dibina kira-kira lima tahun selepas negara mencapai kemerdekaan?

kini berusia 60 tahun, ketahui lokasi parkir bertingkat pertama di malaysia!

Kini, ia dikenali sebagai Tempat Letak Kereta Bertingkat, Jalan Dato Maharajalela. Nama lainnya ialah Municipal Car Park.

Hari ini, ia mungkin kelihatan seolah-olah bangunan lama yang tampak suram di khalayak ramai. Namun, dalam diam, bangunan yang berusia kira-kira 60 tahun ini memiliki nilai dan sejarahnya yang tersendiri.

kini berusia 60 tahun, ketahui lokasi parkir bertingkat pertama di malaysia!

Dibina pada 1962, bangunan ini menelan kos sebanyak $100,000 dengan tempoh masa selama enam bulan untuk dibina. Ia mempunyai ketinggian tiga tingkat bagi meletak kenderaan serta muatan sebanyak 96 buah kenderaan. Pada 26 April 1963, bangunan ini dirasmikan oleh Sultan Perak ke-33, iaitu Almarhum Sultan Idris II. 

Ketika ia baru hendak mula beroperasi dengan kadar sewa bulanan dikenakan kepada mereka yang mahu memakir kenderaan di situ - sewa tingkat paling bawah berharga $25, tingkat satu $20 dan tingkat paling atas yang tidak berbumbung $12.

Sementara itu, di kawasan terbuka bahagian luar bangunan juga disewakan secara bulanan untuk kenderaan yang ingin memarkir dengan $15 dan $5 dikenakan ke atas kereta dan motor masing-masing. Pada 1965, pihak majlis dilaporkan mampu mengumpul lebih $18,000 hasil sewaan parkir kenderaan di bangunan terbabit.

Bangunan parkir pertama negara ini masih lagi digunakan sehingga hari ini dan dikawal selia oleh Majlis Bandaraya Ipoh.

 

Sumber: [1]