Kesatuan Eropah Terima Sijil Vaksinasi & Saringan COVID-19 Malaysia

Sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 Kerajaan Malaysia diiktiraf oleh Kesatuan Eropah (EU) bermula 4 April 2022.

kesatuan eropah terima sijil vaksinasi & saringan covid-19 malaysia

Pengiktirafan tersebut akan memudahkan pergerakan pengembaraan Malaysia di negara anggota EU.

Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula Von Der Leyen berkata dalam satu kenyataan, bagi membolehkan pengiktirafan itu beroperasi, Malaysia akan menyambung kerangka kerja Sijil COVID Digital EU yang ditubuhkan di bawah Peraturan (EU) 2021/953.

“Sijil vaksinasi dan saringan COVID-19 Malaysia menepati ‘Sistem Pengurusan Vaksin’ kesatuan itu dan dianggap setara dengan dikeluarkan mengikut Peraturan (EU) 2021/953,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, bagi melindungi kepentingan Kesatuan, khususnya dalam bidang kesihatan awam, Suruhanjaya boleh menggunakan kuasanya untuk memutuskan permohonan itu atau memansuhkannya, jika syarat Perkara 8(2) Peraturan (EU) 2021/953 tidak lagi dipatuhi.

 

Sumber: [1]