Sistem Kesihatan Negara India Lumpuh Sebab Kes COVID-19 Terlampau Banyak

Belum pernah terjadi sebelum ini dengan 1.6 juta kes baru COVID-19 dalam seminggu, negara India kini sedang bertempur dalam peperangan besar bagi melawan wabak maut ini.

sistem kesihatan negara india lumpuh sebab kes covid-19 terlampau ramai

Dengan 1,341 jumlah kematian sehari dan 234 ribu jangkitan pada Rabu, angka itu kini semakin meningkat saban hari hingga menyebabkan hospital-hospital seluruh negara itu mencapai kapasiti penuh dengan lebih separuh pesakit mereka adalah dibawah usia 40 tahun.

sistem kesihatan negara india lumpuh sebab kes covid-19 terlampau ramai

Peningkatan mendadak bilangan kes jangkitan COVID-19 di India ini sekali gus menyebabkan sistem kesihatan negara terbabit lumpuh dengan serta-merta.

 

Bayangkan, selepas beberapa minit pesakit keluar dari hospital, ia diisi semula dengan pesakit lain, silih berganti.

 

Penghasilan vaksin COVID-19 dinegara terbabit juga menjadi perlahan malah ada yang terpaksa dihentikan terus dibeberapa buah kilang.

sistem kesihatan negara india lumpuh sebab kes covid-19 terlampau ramai

“Orang ramai beratur di luar hospital dan kami menerima panggilan telefon setiap 30 saat daripada pesakit yang mahukan rawatan,” kata Pengarah Hospital Niramaya di Mumbai, Dr. Amit Thadani.

Negara India kini menjadi negara kedua tertinggi dengan kes COVID-19, selepas Amerika Syarikat, diikuti Brazil, Perancis dan Rusia.

sistem kesihatan negara india lumpuh sebab kes covid-19 terlampau ramai

Sumber: Kosmo!