Cacar Monyet: Kes Tempatan Pertama Di Singapura Babitkan Warga Malaysia

Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan kes tempatan pertama membabitkan jangkitan cacar monyet.

cacar monyet: kes tempatan pertama di singapura babitkan warga malaysia

Menurut satu kenyataan, pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 45 tahun yang menetap di Singapura.

.

Pesakit disahkan positif wabak berkenaan pada Rabu dan tiga lagi kenalan rapat lelaki itu kini telah dikenalpasti. Kesemua mereka akan menjalani kuarantin selama 21 hari selepas pertemuan terakhir mereka.

.

Pesakit telah dikesan mengalami simptom seperti luka pada kulit bahagian bawah abdomen, keletihan, kelenjar nodus limfa membengkak, demam dan juga sakit tekak.

.

Bagaimanapun pesakit dilaporkan stabil dan kini menjalani rawatan di wad Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) di Singapura.

.

Menurut kementerian itu lagi, risiko penularan wabak tersebut kepada orang awam masih lagi rendah dan pesakit juga tiada kaitan dengan kes import yang diumumkan sebelum ini.

.

Setakat ini terdapat lebih 6,000 kes cacar monyet telah dilaporkan di 58 negara.

.

Sumber: [1]