Kes Positif COVID-19 Global Lepasi Angka 132.13 Juta

Jumlah terkumpul kes positif COVID-19 global dilaporkan telah melepasi 132.13 juta setakat semalam.

kes positif covid-19 global lepasi angka 132.13 juta

Menerusi data yang diperoleh daripada Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal di tangga tertinggi yang mencatatkan lebih 30.83 juta kes COVID-19.

Brazil dan India masing-masing menjadi negara kedua dan ketiga yang mencatatkan kes COVID-19 tertinggi di dunia dengan rekod 13.01 juta kes dan 12.69 juta kes.

Berikutan itu, Amerika Syarikat menjadi negara yang merekodkan jumlah kematian akibat COVID-19 tertinggi dengan lebih daripada 556, 307 kes, Brazil dengan 332, 752 kes dan Mexico 204, 399 kes.

India dan United Kingdom masing-masing mencatatkan lebih daripada 100, 000 kes kematian akibat COVID-19.

Dalam pada itu, negara yang melepasi angkat empat juta kes termasuklah Perancis, Rusia dan United Kingdom.

Itali, Turki dan Sepanyol pula mencatatkan lebih tiga juta kes positif.

Jerman, Colombia, Poland, Argentina dan Mexico mencatat lebih dua juta kes.

 

Sumber: [1]