China Rekod Kes Pertama Jangkitan Virus H3N8 Ke Manusia

China mengesahkan terdapat kes jangkitan pertama ke atas manusia bagi virus H3N8 selesema burung.

china rekod kes pertama jangkitan virus h3n8 ke manusia

Bagaimaapun menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, risiko untuk ia merebak dalam kalangan manusia adalah rendah.

.

Kes pertama itu melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dari wilayah Henan selepas dia mengalami demam dan gejala lain pada 5 April lalu.

.

Tambah lagi, tiada kenalan rapat kepada kanak-kanak itu yang dijangkiti virus terbabit. Jangkitan dipercayai berlaku selepas dia menyentuh ternakan ayam dan burung gagak di rumahnya.

.

Terdahulu, virus H3N8 dikesan pada kuda, anjing, burung dan anjing laut, tetapi tiada jangkitan ke atas manusia dikesan sebelum ini.

china rekod kes pertama jangkitan virus h3n8 ke manusia

Ekoran daripada jangkitan ke atas manusia ini, suruhanjaya itu berkata penilaian awal untuk virus itu menjangkiti manusia lain dan risiko untuk menjadi wabak berskala besar adalah rendah.

.

China mempunyai populasi besar burung yang diternak dan juga liar dari pelbagai spesis, menjadikan persekitaran yang ideal untuk virus burung bercampur dan bermutasi.

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN