Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan bahawa peningkatan kes varian Omicron COVID-19 mula dilihat dengan pengurangan kemasukan pesakit kategori empat dan lima ke hospital.
![kes omicron kian meningkat, namun pesakit kategori 4 & 5 kian mengurang](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/special/syokhuawei-p50pro/untitled-design-6_51.png)
Menerusi entrinya di Twitter, jelas Dr Noor Hisham, kes kematian juga berkurangan berbanding dengan varian Delta sebelum ini.
“Peningkatan kes varian Omicron COVID-19 mula dilihat dengan pengurangan kemasukan pesakit kategori empat dan lima ke hospital serta kurang kes kematian berbanding dengan varian Delta dulu,” katanya.
Sumber: [1]