Kes Mingguan COVID-19 & Kemasukan Ke Hospital Meningkat

Bilangan kes baharu pada Minggu Epidemiologi (ME) 19/2022 meningkat sebanyak 119.2 peratus yaitu dari 8,732 kes yang dicatatkan pada ME 18/2022 kepada 19,137 kes.

kes mingguan covid-19 & kemasukan ke hospital meningkat

Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk turut meningkat sebanyak 100 peratus, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Secara keseluruhan, peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 menurun pada ME 19/2022 dengan penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 10 peratus sementara penggunaan katil bukan kritikal meningkat sebanyak 18 peratus.

Juga mencatatkan peningkatan adalah kes kematian pada ME 19/2022 iaitu sebanyak 3.1 peratus kepada 32 kes.

Bagaimanapun bilangan kes aktif COVID-19 menurun 17 peratus kepada 177,973 kes.

 

Sumber: [1]