Kes Kian Meningkat Sebelum Sukan Olimpik, Beijing Laksana Lebih Banyak Sekatan

Bagi mengawal penularan COVID-19 lagi-lagi selepas melihat lonjakan kes dalam tempoh kurang dari dua minggu, Beijing akan memperkenalkan lebih banyak sekatan baru sebelum bermulanya Sukan Olimpik Musim Sejuk.

kes kian meningkat sebelum sukan olimpik, beijing laksana lebih banyak sekatan

22 Januari lalu, Beijing melaporkan sembilan kes tempatan yang mana enam daripadanya dikesan di daerah Fengtai.

Berikutan itu, pihak berkuasa kesihatan memaklumkan bahawa Fengtai telah menjalankan ujian asid nukleik bagi COVID-19 terhadap semua penduduk tempatan pada Ahad.

Mereka turut meminta penduduk di kawasan berisiko itu termasuk sebuah kejiranan di Fengtai supaya tidak meninggalkan bandar terbabit.

Terdahulu, media melaporkan Beijing pertama kali merekodkan kes pertama varian Omicron melalui barang kiriman yang diterima dari Kanada.

 

Sumber: [1]