India Catat Kematian Pertama Cacar Monyet Di Asia

Seorang lelaki muda berusia 22 tahun di negeri selatan Kerala, India menjadi kes pertama kematian di Asia akibat daripada jangkitan cacar monyet.

india catat kematian pertama cacar monyet di asia

Ia juga merupakan kematian keempat yang diketahui di peringkat global, selepas kes kematian pertama dari Brazil dan dua kes kematian dari Sepanyol.

 

Menurut pihak berkuasa Kerala, lelaki itu meninggal dunia pada Sabtu lalu dan seramai 21 individu yang berhubung rapat dengannya sudah dikenakan kuarantin.

 

“Individu itu tiba di Kerala pada 21 Julai tetapi pergi ke hospital hanya pada 26 Julai apabila dia menunjukkan gejala keletihan dan demam,” kata Menteri, K Rajan kepada pemberita.

india catat kematian pertama cacar monyet di asia

Orang ramai tidak perlu berasa panik kerana tiada seorang pun daripada kenalan utama mangsa menunjukkan gejala.

 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengisytiharkan wabak cacar monyet sebagai kesihatan global pada 23 Julai lalu. Sehingga kini, sebanyak 78 negara telah melaporkan lebih 18,000 kes cacar monyet yang majoritinya di Eropah.

 

Sumber: Utusan