Kes Global COVID-19 Cecah Lebih 139 Juta

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini dilaporkan mencecah lebih daripada 139 juta kes.

kes global covid-19 cecah lebih 139 juta

Menerusi data terbaru yang diperoleh daripada Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal sebagai negara yang merekodkan kes tertinggi COVID-19 iaitu dengan 31.55 juta kes.

Ia diikuti dengan Brazil dan India yang mana masing-masing mencatatkan sebanyak 14.29 juta dan 13.74 juta kes.

Dalam pada itu, jumlah kematian kerana COVID-19 di seluruh dunia juga melihat peningkatan dalam tempoh 24 jam terakhir setelah lebih daripada 120, 000 kes kematian baru direkodkan.

Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kematian terkini akibat pandemik tersebut mencecah lebih daripada 2.99 juta kes.

Amerika Syarikat kekal dengan jumlah kematian tertinggi iaitu lebih daripada 566, 000 kes, Brazil dengan lebih 365, 000 kes dan Mexico, lebih 211, 000 kes.

 

Sumber: [1]