Kes Dijangka Meningkat Menjelang Musim Sejuk, Jepun Sediakan Katil Lebih

Jepun dijangka menghadapi kemungkinan lonjakan jumlah jangkitan COVID-19 menjelang musim sejuk tidak lama lagi.

kes dijangka meningkat menjelang musim sejuk, jepun sediakan katil lebih

Berikutan itu, Perdana Menteri Fumio Kishida telah bersedia menggariskan pelan segera untuk menambah katil hospital dan sumber perubatan.

Selepas gelombang jangkitan kelima yang merekodkan jumlah kematian tinggi ketika musim panas lalu, kadar jangkitan dan kematian turun mendadak apabila vaksinasi meliputi lebih dari 70 peratus penduduk.

Bulan lalu, langkah kecemasan yang meliputi kebanyakan negara telah ditarik semula namun pakar kesihatan memberi amaran bahawa kes mungkin akan meningkat semula seperti mana yang terjadi di Jepun pada musim sejuk tahun lalu.

Terdahulu, kerajaan Jepun merancang untuk meningkatkan kapasiti katil hospital sebanyak 30 peratus selain meningkatkan persiapan rumah jagaan dan mengumpul data bagi meramalkan hospital mana yang akan mengalami tekanan.

Menurut Kishida, sejajar dengan pengukuhan sistem perubatan, menggunakan sistem it mulai Disember untuk mendedahkan bilangan katil dan keadaan di setiap hospital.

Sebagai tambahan, negara itu juga akan membayar kira-kira AS$1.2 bilion untuk 1.6 juta pil antiviral COVID-19 Molnupiravir yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Merck dan Ridgeback Biotherapeutics.

Turut tidak ketinggalan, suntikan penggalak vaksin akan bermula bulan depan.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN