Kes Cubaan Culik : Semak Dulu Sahih Atau Palsu!

Sejak kebelakangan ni kecoh sana sini pasal kes cubaan culik kanak-kanak. 

Ada yang berlaku di Kelantan, Perak, Pahang, Sabah. 

Lagi-lagi dengan adanya media sosial, cepat sangat kes culik ni viral. 

Bagus tu bagus, sebab kalau betul kes culik tu berlaku, cepat la penjenayah ditangkap. 

Tapi yang jadi masalahnya sekarang ni, kes culik tu betul-betul berlaku atau sekadar berita palsu? 

Ini antara laporan berita mengenai kes culik palsu yang viral minggu ni. 

kes cubaan culik : semak dulu sahih atau palsu!

kes cubaan culik : semak dulu sahih atau palsu!

kes cubaan culik : semak dulu sahih atau palsu!

kes cubaan culik : semak dulu sahih atau palsu!

Impak berita palsu melibatkan kes jenayah ni bahaya tau. 

Contohnya, kalau ada kes culik yang betul-betul berlaku, nanti ramai yang ingat “eleh, berita palsu ni”. 

Atau pun ada kanak-kanak yang mengadu pasal kes culik, nanti ramai yang tak percaya “haaa, ni reka-reka cerita la ni kan?” 

Agak-agak apa nasib si mangsa? 

So, hentikan penyebaran berita palsu kalau tak tau cerita yang sebenar. 

Niat nak kongsi berita untuk dapatkan pertolongan tu dah betul, tapi pastikan maklumat tu sahih dan benar. 

Buat ibu bapa dan semua golongan dewasa, sentiasa awasi pergerakan anak-anak. 

Jangan sesekali leka dan buka ruang untuk penjenayah lakukan perbuatan terkutuk mereka. 

Hati-hati, jaga diri dan orang sekeliling, okay! 

 

Oleh : Izzati Amir