Kes COVID-19 Melonjak Semula, Britain Dilanda Gelombang Baru

Selepas kelonggaran sekatan diberikan kepada banyak negara di dunia, kini jangkitan COVID-19 didapati melonjak semula khas di beberapa negara Eropah.

kes covid-19 melonjak semula, britain dilanda gelombang baru

England misalnya mencatatkan 1.13 juta kes pada minggu berakhir 10 Jun lalu, sekaligus petanda gelombang baru COVID-19 melanda Britain.

.

Menurut Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) terdapat 40 peratus kenaikan kes COVID-19 dalam tempoh seminggu atau bersamaan satu kes dalam setiap 50 penduduk. Ia adalah peningkatan kes mingguan terbesar sejak Disember tahun lalu selepas varian Omicro muncul varian dominan di Britain.

.

Wales dan Ireland Utara turut mencatatkan peningkatan kes jangkitan dimana seorang dalam setiap 45 individu dijangkiti COVID-19 minggu lalu, manakala Scotland pula satu jangkitan untuk setiap 30 orang.

kes covid-19 melonjak semula, britain dilanda gelombang baru

Berdasarkan data semasa, lonjakan kes COVID-19 di Britain adalah didorong oleh subvarian BA.4 dan BA.5 Omicron yang dianggap lebih mudah berjangkit berbanding varian induknya.

.

Kebimbangan semakin meningkat menjelang musim sejuk ini apabila COVID-19 dan Influenza dilihat semakin menjangkiti ramai, sama seperti yang berlaku di Australia ketika ini.

.

“Jangkitan meningkat di semua empat negeri iaitu Scotland, England, Ireland Utara dan Wales, didorong oleh peningkatan individu yang dijangkiti oleh varian BA.4 dan BA.5 Omicron.

‘Masih awal untuk mengatakan sama ada ini adalah permulaan gelombang baharu tetapi kami akan terus memantau situasi dan data dengan teliti,” ahli statistik kanan ONS, Kara Steel.

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN