Kes COVID-19 Menurun, Washington DC Tarik Semula Arahan Pakai 'Mask' Di Kawasan Tertutup

Susulan kes jangkitan COVID-19 yang semakin menurun, Washington DC merancang untuk menarik kembali sebahagian besar peraturan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup.

kes covid-19 menurun, washington dc tarik semula arahan pakai 'mask' di kawasan tertutup

Sejak dari Isnin lalu, penggunaan pelitup muka tidak lagi diperlukan di kebanyakan ruang dalaman di sekitar kawasan ibu negara Amerika Syarikat tersebut.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Bandar, penggunaan pelitup muka bagaimanapun masih diperlukan dalam keadaan tertentu termasuk sekolah, perpustakaan, pengangkutan awam, kenderaan kongsi dan kemudahan kediaman berkumpulan seperti rumah jagaan, asrama dan penjara.

Tetapi, para peniaga masih boleh meminta pelanggan untuk memakai pelitup muka sekiranya dikehendaki mereka.

Sebelum ini, Washington DC pernah menarik balik keperluan pemakaian pelitup muka dalam kawasan tertutup terhadap kalangan individu yang telah divaksin sepenuhnya pada Mei lalu.

Namun arahan tersebut dikuatkuasakan semula selepas lonjakan kes jangkitan COVID-19.

Menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkitan (CDC) Amerika Syarikat, setakat ini Washington DC masih kekal sebagai kawasan penularan.

Datuk Bandar, Muriel Bowser sebelum ini pernah menyatakan keperluan penggunaan pelitup muka bergantung pada jumlah kes dan peralihan keadaan.

 

Sumber: [1]