Kes COVID-19 Menaik Semula, Perancis Kembalikan Perintah Pemakaian Wajib Mask

Perancis bakal mewajibkan semula penggunaan pelitup muka di sekolah-sekolah di 39 jabatan di wilayahnya akibat kes baharu COVID-19 yang telah melepasi tahap amaran.

kes covid-19 menaik semula, perancis kembalikan perintah pemakaian wajib mask

Memetik laporan Astro Awani, sebanyak sekolah di 22 jabatan telah dikenakan arahan pemakaian pelitup muka pada bulan lepas sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 61 atau hampir separuh daripada wilayah Perancis.

Menurut jurucakap kerajaan Gabriel Attal, sebanyak 39 jabatan terlibat merekodkan kadar jangkitan melebihi 50 kes seminggu bagi setiap 100,000 penduduk.

Berdasarkan protokol yang diumumkan Kementerian Pendidikan Perancis, sesebuah sekolah yang merekodkan kes kurang dari 50 kes bagi setiap 100,000 penduduk selama lima hari berturut-turut. Oleh itu, para pelajar sekolah rendah tidak perlu mengenakan pelitup muka.

Lanjut Attal lagi, walaupun jumlah kes baru harian jauh lebih rendah, namun langkah kesihatan yang pernah dilaksanakan dahulu akan ditarik semula sebaik situasi pandemik bertambah buruk.

Menurut data terkini Kementerian Kesihatan, terdapat 10,050 kes baru, 39 kematian dan 6,764 pesakit COVID-19 telah dimasukkan ke hospital.

 

Sumber: [1]