Kes COVID-19 Libatkan Kanak-Kanak Semakin Meningkat Di Labuan

Labuan mencatatkan peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

kes covid-19 libatkan kanak-kanak semakin meningkat di labuan

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari, setakat 27 Februari, seramai 54 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah telah dijangkiti virus tersebut sementara 219 kes lagi membabitkan kanak-kanak berusia 13 tahun ke atas.

“Buat masa ini terdapat 10 kes melibatkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun iaitu lima orang sedang dirawat di hospital dan lima lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

“Baki 44 orang sedang menjalani kuarantin di rumah dan kanak-kanak ini berada di bawah kategori dua COVID-19,” katanya.

Pihaknya sedang memantau secara serius bilangan jangkitan membabitkan kanak-kanak berikutan kes berkaitan kumpulan itu terus melonjak melonjak sejak minggu lalu, menurut Dr Ismuni.

Beliau turut menyuarakan kebimbangannya berkaitan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) yang masih belum mencapai sasaran sejak ia dilancarkan pada 7 Februari lepas.

“Kami menjangkakan untuk menjalankan PICKids selama sebulan (dari 7 Februari), namun bilangan kanak-kanak yang menerima dos pertama mereka belum melebihi 50 peratus daripada jumlah 11,700 yang disasarkan,” katanya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN