Kes COVID-19 Dunia Kini Cecah 150.8 Juta

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini dilaporkan mencecah 150.8 juta kes.

kes covid-19 dunia kini cecah 150.8 juta

Menerusi data terbaru yang diperoleh daripada Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) tetap kekal sebagai negara yang paling terjejas akibat wabak tersebut dengan lebih 32.3 juta kes.

Ia diikuti dengan India yang kini juga dilaporkan semakin kritikal dengan 18.7 juta kes dan Brazil dengan lebih 14.59 juta kes.

Sementara itu, negara yang mencatat kes melebihi angka 5 juta ialah Perancis, manakala negara yang merekodkan kes melebihi 4 juta termasuklah Turki, Rusia, United Kingdom dan Itali.

Sepanyol dan Jerman pula mencatatkan lebih 3 juta kes, dan Argentina, Colombia, Poland, Iran dan Mexico dengan lebih 2 juta kes.

Tidak ketinggalan, negara jiran iaitu Indonesia termasuk antara negara yang melaporkan lebih sejuta kes positif COVID-19 bersama Afrika Selatan, Peru, Kanada, Chile, Romania dan Belanda.

Malaysia pula berada dalam senarai negara yang mencatatkan antara 300, 000 hingga 500, 000 kes positif COVID-19 sekali dengan Jepun, Arab Saudi, Panama dan Slokavia.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN