Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan terdapat peningkatan sebanyak tiga kali ganda kes jangkitan cacar monyet di Eropah dalam tempoh dua minggu lalu.
![kes cacar monyet telah meningkat tiga kali ganda di eropah](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/monkeypox-europe-04.jpg)
Bagaimanapun agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu masih belum mengiystiharkan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan global, dan usaha bagi mencegah penyakit itu perlu dipertingkatkan.
.
“Tindakan segera dan terkoordinasi adalah mustahak jika kita ingin meredakan peningkatan (kes), sekali gus menangani penularan penyakit ini," kata Dr Kluge, Ketua WHO Eropah.
![kes cacar monyet telah meningkat tiga kali ganda di eropah](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/monkeypox-europe-03_1.jpg)
Menurut beliau, jumlah jangkitan di Eropah mewakili kira-kira 90 peratus daripada jumlah global, di mana kes melibatkan 31 negara di Eropah telah dikenal pasti.
.
Pihak berkuasa kesihatan di Afrika pula menyifatkan wabak yang semakin berleluasa itu sebagai kecemasan dan menyeru negara kaya untuk berkongsi bekalan vaksin yang terhad dengan mereka.
.
Ketika ini, vaksin yang digunakan terhadap cacar monyet adalah pada asalnya dibangunkan untuk penyakit cacar.
.
Sehingga kini terdapat 1,800 kes cacar monyet disyaki di Aftika, termasuk lebih 70 kes kematian dilaporkan. Manakala lebih 5,000 kes cacar monyet dilaporkan melibatkan 51 negara di seluruh dunia.
.
Sumber: [1]