Kes Baru Kembali Melonjak Akibat Eropah Tamat Sekatan Terlalu Awal

Akibat daripada penamatan sekatan pandemik terlalu awal, kes baru COVID-19 didapati melonjak semula di beberapa negara Eropah.

kes baru kembali melonjak akibat eropah tamat sekatan terlalu awal

Demikian menurut pegawai kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang memberi amaran akan peningkatan semula kes baharu COVID-19 dalam komuniti di beberapa negara Eropah sejak beberapa minggu lalu.

.

Menurut laporan stesen penyiaran CNN, wabak itu didapati menular dengan pantas di 18 negara Eropah termasuk Britain, Perancis, Itali dan Jerman.

.

Situasi itu terjadi akibat daripada keputusan beberapa negara yang membuat perubahan mendadak atas dasar sekatan mengenai COVID-19, demikian menurut Pengarah Wilayah Eropah WHO, Hans Kluge.

.

“Pada awalnya, mereka mengenakan terlalu banyak sekatan dan secara tiba-tiba memutuskan untuk menamatkan semuanya sekali gus.

“Ia satu tindakan yang terburu-buru dan impaknya dapat dilihat dengan lambakan kes akibat subvarian Omicron iaitu BA.2,” kata Kluge.

.

Selepas penularan varian Omicron yang dilihat tidak menyebabkan gejala teruk meskipun ia disebar pantas, banyak negara Eropah telah mula melonggarkan sekatan secara drastik sejak awal tahun ini.

.

Kini, subvarian BA.2 telah menjadi dominan dan menyebabkan kes baharu COVID-19 meningkat semula di rantau itu. Namun, Kluge menyatakan beliau bersifat optimistik tetapi kekal waspada dengan perkembangan semasa wabak COVID-19 khasnya dalam wilayah jagaannya.

.

Meskipun subvarian BA.2 bukanlah satu yang boleh dipandang ringan, ramai pakar kesihatan awam berpendapat orang ramai tidak perlu panik kerana gejala yang dihasilkan subvarian itu adalah lebih kurang serupa dengan varian Omicron yang asal.

.

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN