Bekerja Lebih 55 Jam Seminggu Senang Kena Sakit Jantung

Dalam seminggu, berapa jam yang anda bekerja?

bekerja lebih 55 jam seminggu senang kena sakit jantung

Jika anda bekerja lebih 55 jam seminggu, ia bukan sahaja membahayakan kesihatan anda, malah boleh meningkatkan risiko kematian akibat penyakit jantung dan strok.

 

Menurut satu kajian oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), laporan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu dikeluarkan selepas menyaksikan pandemik COVID-19 merubah sistem bekerja hingga menyebabkan ada pekerja yang terpaksa bekerja lebih masa.

bekerja lebih 55 jam seminggu senang kena sakit jantung

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Environment International mengaitkan risiko terhadap kehidupan dan kesihatan yang dikaitkan dengan masa bekerja lebih panjang.

 

"Bekerja 55 jam atau lebih dalam tempoh seminggu boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

"Sudah tiba masanya kita semua - kerajaan, majikan dan pekerja - menerima hakikat bahawa bekerja dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan kematian awal," kata Maria Neira, pengarah bahagian alam sekitar, perubahan cuaca dan kesihatan WHO.

 

Dalam kajian terbabit, bekerja lebih 55 jam seminggu dikaitkan dengan 35 peratus peningkatan risiko strok dan 17 peratus risiko kematian akibat penyakit jantung, jika dibandingkan dengan waktu bekerja antara 35 hingga 40 jam seminggu.

 

Kebiasaannya, orang ramai akan bekerja maksimum 8 jam sehari, namun disebabkan pandemik ini, ada yang perlu bekerja lebih 11 jam sehari untuk 7 hari seminggu.

 

"Bekerja secara telekomunikasi sudah menjadi kebiasaan di banyak industri, menyebabkan kekaburan batas antara rumah dan tempat kerja.

"Di samping itu, banyak perniagaan terpaksa mengurangkan atau menutup operasi untuk menjimatkan wang, dan mereka yang masih bekerja terpaksa bertugas lebih lama.

"Tidak ada pekerjaan yang sepadan dengan risiko strok atau penyakit jantung. Kerajaan, majikan dan pekerja perlu bekerjasama untuk bersetuju dengan had masa bekerja untuk melindungi kesihatan semua," kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

 

Sumber: Reuters