Bekerja Dari Rumah Buat Pekerja Hilang Motivasi, Betul Ke?

Sejak bermulanya pandemik COVID-19, ramai pekerja yang diarahkan untuk melakukan kerja pejabat dari rumah masing-masing dan berkomunikasi antara satu sama lain secara atas talian.

bekerja dari rumah buat pekerja hilang motivasi, betul ke?

Kini selepas dua tahun kita bergelut dengan wabak COVID-19, budaya bekerja dari rumah mula menjadi topik bualan termasuklah kepada pekerja dan majikan.

.

Menurut Setiausaha Perniagaan Britain, Kwasi Kwarteng berkata, beliau menyokong gesaan Perdana Menteri Boris Johnson untuk segera menamatkan budaya bekerja dari rumah kerana ia menyebabkan pekerja hilang motivasi, terlalu selesa dan menjejaskan kualiti pekerjaaan.

.

“Antara isu paling jelas adalah daya tumpuan dan fokus kita ketika bekerja di rumah dan di pejabat adalah tidak sama.

“Saya fikir itu adalah perkara yang munasabah untuk dikatakan kerana ramai orang turut berpendapat mereka bekerja lebih baik di pejabat,” kata Kwarteng.

.

Boris Johnson sebelum ini mengakui beliau agak bergelut dengan situasi bekerja dari rumah ketika pelaksaan perintah berkurung COVID-19.

.

Katanya beliau banyak menghabiskan masa dengan membancuh secawan kopi, mengunyah kepingan keju dan akhirnya terlupa menyenaraikan pekerjaan sebenar yang perlu dilakukannya pada hari itu.

.

Apa pula pendapat anda? Kerja dari rumah ini wajar diteruskan atau sebaliknya?

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN