Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak dua tahun yang lalu nyata merubah lanskap dan gaya hidup manusia, misanya waktu dan cara bekerja.
![masih relevan ke kerja 9 pagi hingga 5 petang, 5 hari seminggu?](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/adobestock_330312916-scaled.jpg)
Ramai antara kita yang perlu melakukan kerja pejabat dari rumah masing-masing dengan waktu bekerja yang fleksibel ketika pandemik ini.
.
Namun kini manusia sudah mulai meneruskan kehidupan normal dan melakukan rutin harian termasuk kembali bekerja di pejabat seawal jam 9 pagi sehingga lewat jam 5 petang, untuk lima hari setiap minggu.
![masih relevan ke kerja 9 pagi hingga 5 petang, 5 hari seminggu?](https://media2.fishtank.my/media/syokbm/assets/gambar-artikel/boredemployeeatcomputer614.jpg)
Persoalannya, adakah tempoh masa dan cara bekerja ini masih relevan di masa kini?
.
Menurut laporan oleh syarikat pembangun perisian, Adobe, pekerja di Jerman dilihat lebih berminat untuk memiliki waktu kerja fleksibel sepenuhnya semasa bekerja.
.
Selain itu, tiga perempat golongan muda mahukan lebih kawalan ke atas jadual kerja mereka sendiri, dengan peratusan sebanyak 51 peratus yang mahukan fleksibiliti sepenuhnya terhadap jadual kerja mereka.
.
Perbezaan hanya 16 peratus responden yang memilih untuk tidak mempunyai fleksibiliti dan mahu menamatkan waktu kerja mengikut jadual yang telah ditetapkan.
.
Laporan itu diterbitkan dalam The Future of Time, melibatkan semua negara yang dikaji seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), New Zealand, Perancis, Jerman dan Jepun.
.
Dalam laporan sama, 48 peratus responden menaruh harapan untuk bekerja dengan cara yang kurang ketat pada masa akan datang.
.
Berdasarkan syarikat perisian dalam Wrike, peningkatan dalam jadual kerja yang fleksibel juga mendorong kesaksamaan jantina, di mana ibu bapa boleh berkongsi beban atau cabaran dalam penjagaan anak.
.
Apa pula pendapat anda?
.
Sumber: [1]