Kerana Tidak Dibenarkan Kembali Bersama Bekas Suami, Ibu Kandung Disiram Air Panas

kerana tidak dibenarkan kembali bersama bekas suami, ibu kandung disiram air panas

Seorang anak perempuan nekad menyiram ibunya dengan air panas selepas ibunya menghalang dia daripada kembali rujuk dengan bekas suami.

Berdasarkan laporan Tribunnews, ketika kejadian si ibu berada di kamar mandi untuk membasuh baju. Manakala si pelaku berada di dapur sedang menjerang air untuk membuat teh.

TIba-tiba sahaja, si pelaku telah menyiram ibunya dengan air panas tersebut. Si ibu menjerit kesakitan apabila air panas menyimbah dirinya.

Semua yang berlaku hanya kerana dihalang untuk kembali bersama bekas suami. Tergamaknya buat macam tu.

Korang kalau ada masalah macam ni bawa lah berbincang baik-baik. Ingat, ibu yang mengandungkan kita selama sembilan bulan ni ada seorang je. Hilang ibu tu maka tiadalah ibu lain yang boleh menggantikannya.

Sumber: Tribunnews.com