Kerana Berita Fake, Harry Potter Disangka Terkena COVID19

kerana berita fake, harry potter disangka terkena covid19

Berita fake ni memang bahaya kan? Kesian orang yang terkena atau jadi mangsa akan berita fake ni.

Terbaru, pelakon utama Harry Potter, Danial Radcliffe dikatakan telah terkena wabak novel Koronavirus, COVID19. Perkara tersebut disampaikan oleh sebuah akaun twitter dengan twithandle @BBCNewsTonight.

Bagaimanapun, wakil kepada pelakon berusia 30 tahun itu mengatakan khabar angin tersebut tidak benar. Malah, akaun twitter tersebut langsung tiada apa-apa kaitan dengan agensi berita dari British itu.

Haaa nampak tak macam mana impak berita palsu terhadap seseorang, Korang selagi berita tu tak sahih atau bukan daripada sumber yang benar, jangan sebar! Semak dulu fakta sebelum sebarkan sesuatu.

Sumber: nypost