Kepala Korang Berbenjol? Ini Petua Yang Korang Boleh Buat Untuk Kurangkan Bonjolan

kepala korang berbenjol? ini petua yang korang boleh buat untuk kurangkan bonjolan

Kejadian lebam dan benjol sering terjadi kepada kita lagi-lagi anak kecil dan orang tua.Terjatuh, terlanggar bucu meja dan tergelincir boleh menyebabkan benjol dan lebam sehingga kebiruan. So jom ikut petua ini, yang boleh surutkan kesan lebam dan benjol pada badan kita.

Cara yang pertama, sediakan asam jawa dan garam secukupnya kemudian masukkan air dan kacau sehingga sebati. Make sure ia larut dalam air dan menjadi pekat. Sapukan air larutan itu pada bahagian benjol atau bengkak.

Cara kedua, boleh gunakan telur rebus yang dibalut dengan tuala kecil dan tuam pada bahagian benjol. Lakukannya berkali kali sehingga benjol susut.

Cara ketiga, kalau ada benjol cepat cepat tuam dengan sapu tangan yang direndam dengan air suam. Cara ini boleh meredakan benjolan yang timbul.

Cara keempat, boleh gunakan ais batu. Ini adalah cara atau petua yang paling popular dan mudah. Balut ais batu dengan tuala kecil dan tekap pada bahagian yang benjol.

Kalau korang dah try cara ini tapi masih benjol, sebaiknya disarankan berjumpa dengan doctor untuk dapatkan rawatan yang lebih baik. Selamat mencuba J

 

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: keluarga