Pihak Polis Sahkan Kematian Syazlin Zainal Tiada Unsur Jenayah

Pihak polis telah mengeluarkan kenyataan berhubung kematian pelakon dan selebriti sosial media, Syazlin Zainal yang meninggal dunia akibat terjatuh dari pangsapuri rumahnya. 

pihak polis sahkan kematian syazlin zainal tiada unsur jenayah

Menurut kenyataan, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata pihak polis tidak menemui sebarang bukti yang berunsurkan jenayah dalam kes kematian Syazlin. 

Pihaknya juga telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan tentang perjumpaan mayat seorang wanita di bahagian bawah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar, Johor Bahru.

Syazlin walau bagaimanapun ditemui telah meninggal dunia selepas dipercayai jatuh dari tingkat 22 pangsapuri berkenaan dalam kejadian pada pukul 12.50 tengah hari, Khamis yang lalu. 

Sumber: Twitter