Kenapa Kucing Purring?? Purr Purr Purr

kenapa kucing purring?? purr purr purr

Korang tahu tak kucing purring sebab apa? Kebanyakkan pencinta kucing mesti rasakan kucing mereka happy’ semasa purring namun sebenarnya banyak sebab, jom baca:

  1. Gembira

Ini adalah yang paling jelas, purring jenis ini selalunya dikaitkan dengan posisi tubuh yang relaks dan ia adalah purring yang lembut dan sangat relaks untuk didengari.

  1. Naluri keibuan

Kucing berbunyi purring untuk menyedarkan ada kehadiran di antara satu sama lain. Ibu kucing selalu membuat bunyi purring kepada anak anaknya. Mudah untuk mengetahui lokasi anaknya.

  1. Inginkan Perhatian

Jika kucing anda berada di sebelah anda dan purring, ini bermaksud ia inginkan perhatian dan ingin bermanja.

  1. Tertekan

Kucing juga kemungkinannya stress jika membuat bunyi purring, ia akan kerap purring jika terdapat perubahan dalam persekitarannya. Purring jenis ini selalunya lebih kuat berbunyi.

  1. Sakit

Kucing berpurring sekiranya dalam kesakitan memandangkan kucing merupakan haiwan yang sangat pandai menyembunyikan kesakitan jadi anda harus pandai mengesan perubahan kucing anda.

Sumber: themamamiow

Oleh: Khalie Azmi