Kenapa Kebanyakan Hantu Filem Seram Selalunya Wanita? Ini Jawapan Pakar!

Pernah tak korang tertanya kenapa kebanyakan hantu dalam filem seram kebiasaannya adalah wanita? Sini SYOK rungkaikan! 

kenapa kebanyakan hantu filem seram selalunya wanita? ini jawapan pakar!

Menurut Pensyarah Budaya Popular dari Fakulti Komunikasi, Universiti Padjadjaran, Justito Adiprasetio menerusi jurnal universiti terbabit, jumlah filem seram Indonesia yang dihasilkan dari tempoh 1970 hingga 2019 adalah sebanyak 559 buah.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 60.47 peratus atau kira-kira 338 filem seram di Indonesia menampilkan sosok wanita sebagai hantu utama, diikuti dengan 24.15 peratus lelaki sebagai hantu utama.

Menurut Tito, watak wanita dalam filem seram Indonesia selalu digambarkan sebagai pemberontak yang menghadapi ketidakadilan yang dilakukan lelaki sehingga mencetuskan paradoks bahawa karakter wanita itu mempunyai dua sisi berbeza iaitu sebagai mangsa, dan mengerikan.

Ia menyebabkan plot naratif dalam banyak filem seram mempunyai corak membunuh protagonis wanita (supaya mereka menjadi mangsa) dan kemudian bertukar menjadi hantu (yang menunjukkan sisi mengerikan).

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Sains Kebudayaan (FIB) Universiti Sebelas Maret (UNS), Reza Sukma Nugraha berkata, representasi wanita sebagai hantu dalam karya sastera sudah berlaku sejak zaman dulu.

Cerita rakyat termasuk cerita rakyat Indonesia juga dihiasi dengan cerita hantu perempuan seperti kuntilanak, sundel bolong dan sebagainya.

“Tetapi ia semakin meluas setelah dihasilkan secara model melalui filem terutaman pada zaman Orde baru hingga sekarang,” kata Reza kepada media Indonesia, Kompas.com.

Dalam filem seram di Indonesia, kebanyakan karakter hantu wanita mempunyai latar belakang ketidakadilan semasa hidup yang secara tidak langsung menggambarkan realiti kehidupan wanita.

“Secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa dalam sistem sosial, wanita sering menjadi golongan yang kurang bernasib baik dan tidak berkuasa,” kata Reza.

“Secara amnya selepas menjadi hantu, mereka akan membalas dendam atau menakutkan. Seolah-olah kuasa wanita akan muncul dan tidak boleh dikalahkan selepas mereka mati,” tambahnya.

Turut tidak ketinggalan, pakar turut menambah bahawa gambar hantu wanita sering diperlihatkan dalam visual yang cantik menerusi lakonan filem kerana ia dianggap sebagai ‘halwa mata’ dalam kalangan penonton.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN