Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita anak kedua kepada pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli disahkan dijangkiti penyakit Kawasaki oleh doktor.
Mungkin kedengaran agak janggal pada kita, namun penyakit ini lazimnya boleh menyerang kanak-kanak bawah usia lima tahun.
.
Menurut laporan, penyakit Kawasaki pertama kali dilaporkan pada 1967 oleh pakar pediatrik Jepun, Dr Tomisaku Kawasaki, manakala kes-kes pertama di luar Jepun dilaporkan di Hawaii pada 1976.
Umumnya, kira-kira 75% pesakit adalah kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah, kebanyakannya adalah lelaki dengan menyebabkan inflamasi salur darah di seluruh badan.
.
Antara simptom penyakit Kawasaki adalah:
- Peringkat pertama
- Demam suhu di atas 39oC dan melebihi lima hari
- Mata yang sangat merah (jangkitan konjunktiva) tanpa lelehan yang pekat
- Ruam di bahagian badan yang utama (tubuh badan) dan di bahagian kemaluan
- Bibir kemerahan, kering, merekah dan lidah yang sangat merah dan bengkak (lidah strawberi)
- Tapak tangan dan kaki yang kemerahan dan bengkak
- Nodul limfa di leher dan mungkin di tempat lain bengkak
.
Peringkat kedua:
- Kulit tangan dan kaki yang menggelupas, terutama di hujung jari tangan dan kaki dalam keadaan lembaran besar
- Sakit-sakit sendi
- Cirit-birit
- Muntah-muntah
- Sakit perut
Pada tahap ketiga, tanda-tanda beransur hilang melainkan berlakunya komplikasi. Ia mungkin berlaku selama lapan minggu sebelum tahap tenaga kembali normal.
.
Sehingga kini, para pengkaji masih tidak mengetahui punca kepada penyakit Kawasaki, tetapi dari pemerhatian penyakit ini tidak berjangkit dari manusia ke manusia.
.
Ubat immunoglobulin(IVI) dan aspirin digunakan sebagai rawatan kepada penyakit Kawasaki di hospital.
Rawatan awal mampu mengurangkan komplikasi kepada penyakit ini. Sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan di hospital jika anda atau anak anda mempunyai simptom seperti dinyatakan diatas.
.
Sumber: [1], [2]