Cinta sejati itu tidak mengenal halangan.
Pernyataan tersebut cukup sesuai sekali dengan kisah manis pasangan dari Kanada ini iaitu Jim Adams dan Audrey Coutts.
Kedua-dua mereka bertemu dalam talian menerusi aplikasi temu janji ketika pandemik COVID-19, yang mana selepas lapan bulan menjalinkan hubungan, pasangan ini akhirnya berkahwin pada 25 September.
Memetik laporan Oprah Daily, Jim Adams yang merupakan seorang pelukis dan pesara profesor, kehilangan isterinya pada 2017 selepas 38 tahun berkahwin.
Ketika pandemik COVID-19 melanda dunia, lelaki berusia 78 tahun itu menyertai aplikasi janji temu dalam talian untuk mereka yang berusia lebih dari 50 tahun.
Di sana dia bertemu dengan Audrey, seorang broker insurans yang berusia 79 tahun.
Menurut perkongsian, perkahwinan terakhir Audrey adalah pada 33 tahun yang mana ia berakhir dengan perceraian.
“Saya menemui Audrey pada pertama kali menerusi laman web ini. Hanya memerlukan satu hari untuk mencarinya. Selepas itu, saya tidak memerlukannya lagi. Saya berkata pada diri sendiri, ‘Baiklah, saya harus bertemu orang ini yang gila seperti saya’,” gurau Jim.
Dalam foto yang dimuat naik di Instagram oleh jurugambar mereka, Julie Rand, pasangan tersebut kelihatan begitu serasi dan gembira bersama.
Turut tidak ketinggalan, anak lelaki Jim, JJ Adams juga menyiarkan gambar mereka di Twitter yang mana ia serta-merta menjadi tular dengan ramai warganet menjadi tertarik pada kisah cinta mereka.
Sejak dimuat naik, catatan tersebut telah memperoleh lebih dari 1.5 juta tanda suka di platform tersebut.
Sumber: [1]