Gara-gara kerap bermain TikTok, seorang wanita dikatakan telah dirantai suaminya bagi mengelakkan daripada terus menggunakan aplikasi tersebut.
Memetik laporan dari Suara.com, insiden itu telah dikongsikan seorang pengguna menerusi satu video yang tular.
Video itu menunjukkan si isteri sedang duduk di ruang tamu rumah dengan keadaan kakinya dirantai dengan satu rantai panjang.
Menerusi kapsyen pada video, wanita itu dipercayai dirantai kerana sering bermain TikTok.
Malah, anaknya turut dilihat gembira kerana tidak lagi perlu melihat ibunya membuat kandungan Tiktok lagi seperti sebelumnya.
Video itu telah mendapat pelbagai reaksi dan pendapat dari netizen.
Apa kata anda?
Sumber: [1]