Kena Denda, Tulis "I’m Sorry” 500 Kali

kena denda, tulis i’m sorry” 500 kali

Biasanya kalau kita kena tangkap sebab melanggar PKP mesti kena kompaun atau masuk lokap, kali ni ceritanya lain sikit.

Di India, 10 Pelancong asing 'kantoi' melanggar perintah lockdown. Ekoran ke- kantoi-an itu diorang ni kena tulis I am sorry sebanyak 500 kali di hadapan petugas Polis tempatan.

Menurut portal South China Morning Post, kebanyakannya pelancong tersebut datang dari Israel, Mexico, Australia dan Austria.

Mereka ditangkap berjalan-jalan di Rishikesh, Utara India. Tempat mereka pergi itu merupakan tempat yang terkenal dengan kisah kunjungan band The Beatles pada tahun 1968.

Menurut Pegawai Polis Vinod Sharma mereka dipaksa menulis “I did not follow the rules of lockdown so I'm so sorry“ sebanyak 500 kali.

Lebih 700 pelancong asing di sana telah melanggar perintah lockdown. Pihak berkuasa tempatan terpaksa menggunakan kaedah pengajaran yang luar biasa untuk mendidik mereka yang degil ini.

Gaiz, ini kes kat India tau, kat Malaysia sekarang siapa langgar perintah PKP kena denda kompaun RM1000!

Apa-apa pun, hormatilah pihak berkuasa tempatan dan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

#Kitajagakita #KamiCare #StayatHome

Oleh: Abdul Rahman bin Khairuddin