Denda RM500 Ribu Jika Terbang Dron Tanpa Izin Masa Sambutan 31 Ogos Nanti

Malaysia akan meraikan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65 pada Rabu, 31 Ogos 2022.

 

Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini dijangka diraikan cukup meriah di seluruh negara, tambah pula selepas dua tahun dunia berdepan dengan kuarantin akibat daripada pandemik COVID-19.

 

Disebabkan itu, pasti ramai yang akan mengambil peluang untuk merakamkan momen indah ini dengan pelbagai peranti termasuklah dengan menggunakan dron.

denda rm500 ribu jika terbang dron tanpa izin masa sambutan 31 ogos nanti

Tahukah anda, tindakan menerbangkan dron tanpa kelulusan Pihak Berkuasa adalah satu kesalahan?

 

Bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang sambutan Hari Kemerdekaan misalnya risiko kemalangan terhadap pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), orang ramai dinasihatkan untuk tidak menerbangkan dron sesuka hati dimana-mana lokasi.

 

Jika didapati bersalah, berikut adalah peraturan dan akta yang boleh digunapakai:

a) Seksyen 4 Akta 3: Didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

b) Peraturan 206(3) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR) 2016:

i- Jika orang itu ialah seorang individu, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau

ii- Jika orang itu ialah satu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

 

Perlu diingatkan bahawa semua pengendalian aktiviti dron di negara ini adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan 98, 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Civil Aviation Directives (CADs).

Sumber: Civil Aviation Authority of Malaysia

 

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN