Para peminat begitu teruja apabila siri superhero popular Jepun, Ultraman muncul secara istimewa dalam sesi Live Show & Cast Talk di Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar yang berlangsung pada 25 Jun di Lalaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur.

Penganjuran ini merupakan acara rasmi Ultraman bersama peminat buat pertama kali di Malaysia hasil kerjasama di antara Astro Malaysia, Tsuburaya Productions dan Lalaport Kuala Lumpur.
Lebih menarik, acara ini turut memperkenalkan siri baharunya yang bertajuk Ultraman Blazar buat julung kalinya di Malaysia dengan mengadakan sesi sidang media bersama barisan pelakon seperti Hiroki Matsumoto (Kanata Asumi), Raiga Terasaka (Kengo Manaka) dan Yuka Murayama (Ichika Kirino).

Siri baharu Ultraman Blazar yang bakal ditayangan ini adalah kemunculan wira baharu yang berasal dari objek astronomi ekstragalaksi yang berada jauh dari Bumi.
Selain itu, acara ini turut menyediakan pelbagai aktivit yang menarik seperti kiosk penjualan barangan jenama Ultraman, inflatable playground untuk kanak-kanak bermain, sesi bergambar dan Meet & Greet bersama Ultraman
Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar akan berlangsung bermula 10 Jun hingga 2 Julai 2023 di Lalaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur. Saksikan juga siri terbaharu mereka, Ultraman Blazar yang akan ditayangkan pada hari yang sama dengan Jepun, pada setiap hari Sabtu, mulai 8 Julai 2023 ini, jam 8.30 malam di saluran Astro Ceria (611).