Kempen #RamadhanEffects Ajak Content Creator Kongsi Rutin Ramadan & Menang Lebih Dari RM40k!

Bersempena Ramadan kali ini, Playground Asia (PGA) dan Meta Malaysia mengajak ‘content creator’ di serata Malaysia untuk berkongsi kisah Ramadan masing-masing serta bagaimana bulan mulia kali ini mengubah kehidupan seharian menerusi kempen #RamadhanEffects.

kempen #ramadhaneffects ajak content creator kongsi rutin ramadan & menang lebih dari rm40k!

#RamadhanEffects merupakan sebuah kempen yang dijalankan menerusi Instagram Reels yang mana pencipta kandungan boleh berkongsi cerita dan rutin harian Ramadan mereka serta berpeluang menang ‘ad credits’ sebanyak AS$10,000 (RM42,870) untuk digunakan bagi mengembang profil media sosial!

kempen #ramadhaneffects ajak content creator kongsi rutin ramadan & menang lebih dari rm40k!

Menariknya, selebriti popular seperti Elyana Emrizal, Harith Iskander, Jaa Suzuran, Danial Zaini dan Leona Chin turut tidak ketinggalan untuk berkongsi rutin Ramadan mereka menerusi ciri Instagram Reels.

Kongsi Elyana yang baru-baru ini membuka langkah baru bersama WebTVAsia, “Saya berbesar hati kerana dapat menjalinkan kerjasama dengan Meta Malaysia bagi menjayakan kempen #RamadhanEffects tahun ini. Pertama kalinya juga, saya berpeluang untuk berkongsi cerita Ramadan saya dan mengajak para kreator yang lain untuk turut berkongsi cerita dan menghasilkan video reels yang sama seperti saya dengan menggunakan #RamadhanEffects.

kempen #ramadhaneffects ajak content creator kongsi rutin ramadan & menang lebih dari rm40k!

“Bukan pada saya sahaja, malah hakikatnya, Ramadan tahun ini banyak mengubah rutin, aktiviti dan gaya hidup rakyat Malaysia setelah dua tahun menyambut Ramadan dalam era pandemik ini,” katanya.

Para kreator yang ingin menyertai peraduan ini boleh mengikuti cara mudah iaitu dengan melayari Facebook dan Instagram Playground Asia dan klik pautan di bio tersebut.

Kemudiannya, sertai Discord Playground Asia dan rakam snippet rutin harian pada Ramadan ini serta siarkan di Instagram Reels bersama hashtag #RamadhanEffects.

ARTIKEL BERKAITAN