Jangkaan ni dibuat berdasarkan trend kes denggi selama lima tahun. Kalau korang rasa denggi ni tak merbahaya seperti COVID-19, sangatlah salah rasa korang itu. Buat masa ini, demam denggi ni masih belum ada vaksin. Jadi, hanya langkah pencegahan sahaja boleh dilakukan.
Jangan risau atau khuatir, sebab kalau korang ikut langkah pencegahan ni, Insha Allah boleh elakkan daripada tergigit nyamuk Aedes.
Ni langkah-langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh KKM sendiri:
1. Bersihkan dalam dan luar premis setiap minggu.
2. Sembur aerosol ke dalam ruang atau bilik yang dah lama tak digunakan.
3. Buat aktiviti larvasiding iaitu penggunakan bahan untuk membunuh jentik-jentik. Buat benda ni secara berkala seperti tiga hari sekali atau seminggu dua kali.
4. Protect diri dengan memakai repelen
5. Kalau korang ada gejala demam denggi, terus dapatkan nasihat pegawai perubatan.
Sumber: Twitter KKM