Kemenangan ke-500 Pep!

Ok, kali ni tak ada bunga-bunga. Kita straight to the point! Manchester City menang 1-0 ke atas Sheffield United 1-0 pada aksi EPL. Kemenangan ini membolehkan City mencipta beberapa rekod!

kemenangan ke-500 pep!

Pep Guardiola dah harungi 673 perlawanan sejak bergelar pengurus. Kemenangan ke atas Sheffield ni pulak merupakan kemenangan ke-500 nya. Bukan kaleng-kaleng menang 500 perlawanan daripada 673 ni. Peratus kemenangan dia 74% tahu!!!

kemenangan ke-500 pep!

Karier profesional Pep bermula sebagai pengurus Barcelona. Korang ingat kan era kegemilangan Barca antara 2008 hingga 2012? Haa, Pep ni antara faktor utama kenapa Barca power. Hal lain macam Messi, Iniesta dan Xavi tu nanti kita bincang dalam artikel lain. Di Barca ni je Pep menang 179 perlawanan.

kemenangan ke-500 pep!

Lepas tu, dia berhijrah ke Bayern Munich dan berjaya raih 124 kemenangan sebelum menyambung kariernya bersama City. Dengan City, Pep dah berjaya catat 197 kemenangan. Mungkin tak lama lagi akan keluar la kot artikel “Pep raih 200 kemenangan bersama City”.

kemenangan ke-500 pep!

Kemenangan ini juga merupakan kemenangan ke-12 berturut-turut City dalam semua kejohanan musim ini. Ini lah rekod keduanya. Selama ini, City belum pernah menang perlawanan berturut-turut banyak macam ni. Kali terakhir kelab EPL berjaya catat 12 kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan ialah Arsenal pada 2007. 

Selain tu, City dah catat clean sheet untuk 5 perlawanan berturut-turut dalam saingan liga. Perlawanan dengan Sheffield ni juga merupakan clean sheet ke-12 City dalam 20 perlawanan liga musim  ini.

kemenangan ke-500 pep!

Sepanjang bulan Januari, City menang kesemua 9 perlawanan mereka dalam semua kejohanan. Ini pencapaian pertama untuk sesebuah kelab Inggeris yang berada dalam 4 divisyen teratas sejak penubuhan liga bola sepak mereka pada 1888. 

Banyak kan rekod City? Situasi sekarang ni jadi lebih manis untuk City dan Pep sebab pencabar terdekat mereka musim ni, Manchester United keciciran mata apabila seri tanpa jaringan dengan Arsenal. Maknanya, City sekarang kekal di top of the table, 3 mata mengatasi United. Perbezaan mata ni boleh jadi lebih besar sebab City miliki 1 perlawanan dalam tangan.

Haa, silap-silap City boleh jadi champion  lagi musim ni kalau boleh menang dengan konsisten. Kena ingat tau, City buat semua ni tanpa penyerang utama dia, Sergio Aguero. Aguero sebelum ni cedera lepas tu positif COVID-19 pulak. Bayangkan lepas ni dia boleh beraksi macam biasa. Haa, tak mencanak point diorang nanti?

kemenangan ke-500 pep!

Oh, penyokong Manchester United tengah menyamar jadi traffic light ke tengah lepak dalam gua tu? Makan lah sikit, nanti sakit...

 

Oleh: Karami Kamel

 

ARTIKEL BERKAITAN