Ini bukan kemeja biasa. Baju kemeja lelaki ini dikatakan dapat membantu mengurangkan stress, melancarkan peredaran darah dan meningkatkan tenaga buat si pemakai.
Dihasilkan oleh sebuah jenama fesyen sepanyol iaitu Sepiia.
Revolusi kemeja paling maju di dunia ini menggabungkan inovasi sukan dan biomedicine dengan jahitan tradisional dalam menghasilkan kemeja yang bergaya.
Kemeja ini menggunakan teknologi nano bagi kain kalis kotor, dua kali ganda ketahanan di bahagian leher serta pergelangan tangan untuk membantu mencegah kekotoran. Mereka turut memperkenalkan kain fabrik lut udara yang membantu aliran udara yang serta bebas bau.
Bahan bio-ceramic di dalam benang juga menyerap sinaran ultraviolet UV-A dan UV-B yang berbahaya, dengan itu melindungi kulit pemakai, dan memantulkan sinaran matahari, mewujudkan penghalang haba maya, membuatkan si pemakai berasa sejuk dan selesa.
Menurut Odditycentral, atlet sudahpun menggunakan nanopartikel bio-ceramic sebagai pakaian tidur bagi meningkatkan prestasi mereka.