Kembara Nobita & Doraemon Merentasi Masa Diabadikan Dalam Stand By Me Doraemon 2

Bersempena ulang tahun ke-50 Doraemon, pihak produksinya telah menghasilkan sekuel kepada filem Standy By Me Doraemon, iaitu Stand By Me Doraemon 2.

kembara nobita & doraemon merentasi masa diabadikan dalam stand by doraemon 2

Berikutan itu, khusus untuk para penonton dan peminat di Malaysia, Astro membawakan Stand By Me Doraemon 2 terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First saluran 480 bermula 4 November ini.

Filem yang berjaya tersenarai dalam top 10 filem kutipan paling tinggi di Jepun pada 2020 itu mengambil kira kesinambungan daripada filem pendek Doraemon: A Grandmother’s Recollections (2004) yang mana Nobita merentas masa lampau untuk bertemu dengan neneknya.

Nobita dan Doraemon kemudian didorong untuk melihat dirinya yang dewasa di saat dia bersedia untuk melangsungkan perkahwinan dengan Shizuka.

kembara nobita & doraemon merentasi masa diabadikan dalam stand by doraemon 2

Berbeza dengan karakter Nobita yang amat sinonim dengan perwatakan kurang keyakinan diri dan sering buli, Stand By Me Doraemon 2 bagaimanapun melihat bagaimana karakter tersebut mengubah masa depan Nobita.

Tidak ketinggalan, beberapa babak menyentuh perasaan misalnya apabila Nobita bertemu dengan neneknya, gelagat Gian dan Suneo serta imbasan kenangan Nobita dan Doraemon.

Walaupun ia filem animasi, namun babak dan iringan muzik seperti lagu tema berjudul “Rainbow (Niji)” yang dihasilkan bagi menggambarkan kegembiraan Nobita dan Shizuka, nyanyian Masaki Suda pastinya bakal menjentik hati ramai penonton.

Filem ini turut menampilkan barisan pelakon suara yang sama dari filem prekuel seperti Wasabi Mizuta (Doraemon), Megumi Ohara (Nobi Nobita), Yumi Kakazu (Shizuka Minamoto), Tomokazu Seki (Suneo Honekawa ) dan Subaru Kimora (Takeshi "Gian" Gōda).

kembara nobita & doraemon merentasi masa diabadikan dalam stand by doraemon 2

Jangan lupa saksikan filem animasi, Stand By Me Doraemon 2 yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 4 November 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Tidak ketinggalan, jika anda ingin menonton filem koleksi Doraemon The Movie: Nobita’s, boleh juga melanggan dua koleksi filem tersebut di Astro First secara kombo (Doraemon The Movie: Nobita's Chronicle of the Moon Exploration (2019) dan Doraemon The Movie: Nobita’s New Dinosaur (2020), bermula 28 Oktober lalu dengan satu harga istimewa RM18.00.

Selain itu, bagi filem Doraemon The Movie: Nobita’s New Dinosaur (2020) juga boleh dilanggan dengan harga RM15.00 bermula 21 November akan datang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.