‘‘Lebih Ramai Mati Akibat Pencemaran Berbanding COVID-19,’’ – PBB

Satu laporan alam sekitar yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan kes kematian akibat pencemaran adalah lebih banyak di seluruh dunia jika dibandingkan dengan kematian akibat COVID-19.

‘‘lebih ramai mati akibat pencemaran berbanding covid-19,’’ – pbb

Menurut laporan itu, pencemaran berpunca daripada racun perosak, plastik dan bahan buangan elektronik telah menyebabkan hak asasi manusia dicabul secara berleluasa dan sekurangnya sembilan juta kematian pramatang dilaporkan setahun.

 

Bagaimanapun, isu kematian akibat pencemaran ini sering diabaikan, menyebabkan PBB terus menggesa agar tindakan segera diambil bagi mengharamkan penggunaan beberapa bahan kimia toksik.

 

Menurut data setakat artikel ini ditulis, sebanyak 5.9 juta kes kematian dicatatkan akibat COVID-19 di seluruh dunia.

‘‘lebih ramai mati akibat pencemaran berbanding covid-19,’’ – pbb

Laporan itu juga telah disiarkan dalam laman sesawang agensi antarabangsa itu dan akan dibentangkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB bulan depan.

 

Antara bahan kimia berbahaya yang sering digunakan dalam kehidupan harian adalah polyfluoroalkyl dan perfluoroalkyl, yang digunakan dalam produk perkakas memasak tidak melekat dan sering dikaitkan dengan kanser. Bahan ini tidak mudah terurai dan turut digelar sebagai ‘bahan kimia selamanya’.

 

Sumber: [1]