Peta Tak Update, Keluarga Mangsa Kemalangan Maut Fail Saman Pada Google Maps

Susulan daripada insiden kemalangan yang mengorbankan nyawa seorang lelaki di North Carolina pada 30 September 2022 lalu, keluarga mangsa kini memfailkan saman terhadap Google Maps.

peta tak update, keluarga mangsa kemalangan maut fail saman pada google maps

Ia kerana mangsa dikatakan memandu mengikut arah yang ditunjukkan oleh peta Google yang perlu melalui laluan jambatan runtuh.

 

Tindakan saman itu dilakukan keluarga mangsa kerana mereka mendakwa teknologi itu gagal mengemaskini sistem navigasinya lalu menyebabkan kematian mangsa.

peta tak update, keluarga mangsa kemalangan maut fail saman pada google maps

Mangsa ketika itu dikatakan sedang memandu pulang dari parti hari jati anak sulungnya pada 30 September 2022.

 

Menerusi tuntutan mahkamah, kereta jenis Jeep yang dipandu mangsa telah terjunam ke dalam Snow Creek di Hickory dan menyebabkan mangsa lemas.

 

Bapa kepada dua orang anak berusia 47 itu dilapor tidak biasa dengan kawasan kejiranan yang dipandunya pada malam yang gelap dan dilanda ribut.

 

Laluan itu diberikan oleh Google Maps dan ia mengarahkan mangsa untuk melalui sebuah jambatan yang telah pun runtuh sejak 10 tahun yang lalu.

peta tak update, keluarga mangsa kemalangan maut fail saman pada google maps

“Anak-anak saya bertanyakan bagaimana dan mengapa ayah mereka meninggal dunia. Saya dah tak tahu nak kata apa untuk membuatkan mereka faham.

“Sebagai orang dewasa, saya masih tidak dapat memahami bagaimana mereka yang bertanggungjawab terhadap arah GPS itu boleh lalai,” kata isteri lelaki tersebut.

 

Tambahnya lagi, tiada sebarang amaran atau halangan diletakkan pada jambatan yang telah runtuh itu.

 

Ketika kejadian, mangsa telah ditemui maut dalam kenderaannya yang terbalik dengan sebahagiannya tenggelam.

 

Sehingga artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan tuntutan terhadap Google Maps itu berjaya dibuat mahupun sebaliknya.

 

Sumber: New York Post