Keluar Jalan-Jalan Ambil Angin, Pesakit Covid-19 Cetus Amarah

Gara-gara keluar rumah sewaktu disahkan positif COVID-19 hanya untuk ‘menghirup oksigen percuma’, seorang wanita menjadi tular dan subjek keberangan orang ramai di media sosial.

keluar jalan-jalan ambil angin, pesakit covid-19 cetus amarah

Menerusi satu entri yang dimuat naik di Twitter, pengguna @pvncessfatin berkongsi satu video dari TikTok yang memperlihatkan seorang wanita keluar dari rumah walaupun terang-terangan disahkan positif COVID-19, sambil meluahkan perasaan geramnya terhadap perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

 

 

Coret wanita terbabit dalam video TikTok miliknya itu, “Pesakit COVID jangan berkurung ya. Awak semua pun perlukan oksigen percuma daripada Allah.

“Jiran-jiran pula jangan takut. Selagi tak menghampiri jiran-jiran, bagi aku tak ada masalah. Sehari 15 minit pun dah okey.”

Susulan daripada tularnya video tersebut, terdapat seorang pengguna lain yang kebetulan mengetahui tentang kejadian tersebut berhubung dengan Fatin dan menjelaskan bahawa  kejadian tersebut benar-benar berlaku dan wanita tersebut, sememangnya positif COVID-19.

Menerusi satu ciapan perbualan yang dimuat naik oleh Fatin, terang pengguna yang tidak mahu dikenal pasti identitinya itu, “Dekat Saujana Aman, tak jauh dengan Puncak Alam dan Saujana Utama.

“Itu la. Dia memang positif dan keluar. Kesian dekat jiran. Keluarga saya kenal pengerusi kawasan ini, jadi familiar. Mereka akan hubungi polis,” tulisnya.

Melalui bebenang tweet yang sama, dimaklumkan bahawa kes tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis dan kini berada dalam siasatan.

Apa-apa pun, SYOK cuma nak pesan, di waktu yang mana kes sedang mencanak-canak naik ni, kita duduk di rumah diam-diam sahaja la ya selagi boleh?

Yang mana kena keluar bekerja itu, hati-hati dan sentiasa beringat untuk amalkan SOP tak kisah di mana korang berada.

Bagi yang positif COVID-19 pula, terutamanya yang terpaksa menjalani kuarantin kendiri di rumah, tolonglah jangan jadi penyebab jangkitan kepada orang sekeliling pula hanya kerana perbuatan kita yang tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan rumah.

 

Sumber: Twitter