Ramai Tak Tahu Kelebihan Kacang Gajus Untuk Tumbesaran Anak

Ramai di kalangan kita yang tidak tahu sebenarnya kacang ada banyak kepentingan lebih-lebih lagi untuk kesihatan badan kita tau. Ibu bapa terutamanya wajib tahu yang kacang gajus amat baik untuk otak dan untuk menguatkan memori anak-anak. 

ramai tak tahu kelebihan kacang gajus untuk tumbesaran anak kecil

Kenapa kacang gajus ni baik untuk otak dan memori anak-anak ya? Haa, sebenarnya kacang gajus ni sangat tinggi dengan lemak baik dan ia memang penting untuk otak. 

Jadi untuk ibu bapa, pastikan kacang gajus ni dijadikan antara snek kegemaran anak-anak okay? Selain daripada baik untuk otak dan memori, kacang gajus juga dapat membantu untuk: 

  1. Menguatkan gigi dan tulang anak-anak

  • Ini adalah kerana, fosforus dalam kacang gajus bagus untuk gigi dan tulang anak dan kacang ini juga mengandungi zink, magnesium, iron dan kalsium. Kesemua ini memang sangat baik untuk tulang kita. 

  1. Meningkatkan imuniti badan anak-anak

  • Anda wajib tahu yang kacang gajus ini tinggi dengan kandungan antioksida dan anti radang, ia akan membantu menguatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan kuman.

  1. Menajamkan memori otak anak-anak

  • Kacang Gajus adalah snek untuk anak-anak yang perlu ada di rumah kita selalu tau.

“ Kita cuba sama-sama ya, sentiasa cari pilihan snek yang lebih baik untuk anak-anak cari di rumah,” kata Dr Mazliana Malzan. 

Semoga tips ini berguna untuk ibu bapa di luar sana, selamat mencuba! 

Sumber: @Mazliana Mazlan