Sebanyak 24 kluster baru COVID-19 direkodkan setakat Ahad semalam.
Kluster tempat kerja dilaporkan masih menjadi penyumbang tertinggi dengan catatan sebanyak 12 kluster.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), kluster komuniti yang dikesan pula adalah sebanyak 11 kluster manakala satu lagi adalah kluster kumpulan berisiko tinggi.
Dalam pada itu, Kelantan merupakan negeri yang merekodkan kluster tertinggi semalam dengan enam kluster, sementara Selangor pula hanya satu kluster.
Ia sekali gus menjadikan jumlah kluster aktif secara keseluruhan sebanyak 1,436 kluster.
Sumber: [1]