Kelahiran Bayi Tinggi Sejak Pandemik Akibatkan Barangan Bayi Cepat Habis

Ibu bapa yang baru sahaja mendapatkan anak nampaknya perlu menunggu lebih lama bagi mendapatkan bekalan kepada bayi mereka.

kelahiran bayi tinggi sejak pandemik akibatkan barangan bayi cepat habis

Ia adalah kerana kadar kelahiran bayi yang tinggi yang menyebabkan barangan bayi cepat habis, khasnya di Amerika Syarikat.

 

Menurut laporan, ibu dan bapa baharu terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan tempat duduk bayi, lampin pakai buang, stroler dan barangan lain kerana permintaan meningkat sekali ganda sejak pandemik COVID-19.

kelahiran bayi tinggi sejak pandemik akibatkan barangan bayi cepat habis

Satu pusat jualan barangan bayi, Maisonette berkata kebanyakkan barangan bayi tiba dari Asia dan Peru, yang juga menjadi punca barangan terhad disebabkan kelewatan penghantaran akibat pandemik COVID-19.

 

Masalah barangan bayi yang berkurangan ini juga menyebabkan harganya melambung tinggi kerana pemintaan yang banyak.

 

Dalam satu laporan berbeza, kadar kelahiran di Malaysia pada 2021 adalah sebanyak 16.258 per 1000 penduduk, manakala dunia pula pada 17.873 kelahiran per 1000 penduduk.

 

 

Sumber: [1]