Kekayaan Elon Musk Jatuh Bawah AS$200 Bilion

Manusia terkaya di dunia, Elon Musk terpaksa menyaksikan kekayaannya jatuh sebanyak 5.4 peratus pada 24 Mei kepada AS$192.7 bilion (RM848.33 bilion) selepas saham Tesla Inc susut pada kadar 7 peratus.

kekayaan elon musk jatuh bawah as$200 bilion

Kerugian Musk itu dilaporkan mengatasi kerugian Indeks S&P 500 yang lebih luas sekaligus mengakhiri hari tersebut dengan penurunan sebanyak 0.8 peratus.

Walaupun ini mungkin merupakan kekayaan Musk yang pernah direkodkan sejak Ogos 2021, namun pengasas bersama Tesla itu masih mengekalkan takhtanya sebagai manusia terkaya di dunia sekaligus mendahului pengasas Amazon, Jeff Bezos yang berada di tempat kedua dengan AS$127.8 bilion (RM561.29 bilion).

Musk, 50, kali terakhir merosot di bawah ambang AS$200 bilion (RM878.40 bilion) pada Mac lalu.

Bagaimanapun, nilai bersihnya meningkat semula kepada AS$288 billion (RM1.26 trilion) pada April, seperti mana yang didedahkan indeks kekayaan.


Sumber: [1]