Kekal Hidrasi Ketika Cuaca Panas Ni!

Panas kan cuaca sekarang ni? 

Kalau dah masuk tengah hari boleh terasa bahangnya walaupun di dalam rumah.

kekal hidrasi ketika cuaca panas ni!

Bila dah panas ni, badan kita cepat sangat berpeluh dan kehilangan banyak air.

Jadi, jangan lupa minum air kosong 6 hingga 8 gelas sehari tau! Tapi, macam susah je nak minum air sebanyak tu.

kekal hidrasi ketika cuaca panas ni!

Jangan risau, ini tips yang dikongsikan oleh Pegawai Dietetik, Nur Filzah Aliah untuk pastikan kita minum air kosong 6 hingga 8 gelas sehari.. 

1. Minum 1-2 gelas air kosong pada waktu sarapan dan di antara waktu makan.

2. Pastikan air kosong sentiasa tersedia di mana saja kita berada. (rumah, pejabat, dalam kereta)

3. Minum air dengan kerap walaupun tidak berasa dahaga 

4. Minum air lebih 2 gelas daripada biasa iaitu 6 hingga 8 gelas sehari apabila melakukan aktiviti fizikal atau berpeluh secara berlebihan. 

Kalau rasa macam susah nak minum air kosong yang takde rasa apa-apa tu boleh juga dapatkan cecair daripada sumber makanan .

kekal hidrasi ketika cuaca panas ni!

Contohnya, sup, buah-buahan, dan minuman rendah gula dan lemak.

Baru-baru ni, Met Malaysia melaporkan 10 kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan gelombang haba tahap kuning dengan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius.

Antara daerah yang terlibat adalah di Perak, Kelantan, Negeri Sembilan dan Johor. 

Kalau takde apa-apa urusan penting, duduk rumah je okay.

Boleh cegah penularan Covid-19 dan elak cuaca panas  sekarang ni. 

Stay Safe, Stay Hydrated, Guys!


Oleh: Izzati Amir