Kejarlah Kalau Boleh...!

kejarlah kalau boleh...!

JDT semakin hampir untuk menjuarai Liga Super tahun ini.

Kalau berjaya, ini merupakan kali ke-7 berturut-turut JDT akan menjulang trofi tersebut.

Skuad Harimau Selatan kini mendahului saingan liga dengan 23 mata selepas 9 perlawanan, dengan pencabar terdekat, Perak, 6 mata di belakang.

Untuk JDT meraih gelaran ke-7 berturut-turut ni, mereka hanya perlu raih 1 mata daripada baki 2 perlawanan.

JDT akan berdepan Sabah Jumaat ini di Stadium Sultan Ibrahim dan rasa-rasanya memang tak ada masalah untuk mereka menang.

Tapi, JDT tak boleh pandang rendah kepada kemampuan pasukan negeri di bawah bayu ni.

Sebabnya, Sabah baru menang 3-2 lawan Melaka United sebelum ni. Lebih menarik, skuad Kurniawan Dwi Yulianto ni ketinggalan 2 kali sebelum menang lawan Melaka!

Selain tu, Sabah perlu mendapatkan keputusan positif dalam usaha mengelakkan diri daripada tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan.

Sekarang ni, Sabah di kedudukan ke-9, 2 mata di depan Felda United di zon penyingkiran.

Kalau Sabah perlukan keyakinan tambahan, PJ City FC berjaya seri 2 sama dengan JDT minggu lalu.

Mampu ke Sabah ikut jejak langkah PJ City FC untuk lengahkan kejuaraan JDT musim ini? Ataupun JDT berjaya bergelar juara minggu ini?

Oleh : Karami Kamel